<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Monday, March 14, 2005
TIPS KESIHATAN

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tanpa mengira siapa ~ InsyaAllah, Allah akanmelipatgandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, lazimkan berdoa bergantung kepada apayang kita hendak sepanjang tidur, Insya Allah, kita akan bersemangat dikeesokan harinya.

3. Makan buah sebelum sarapan pagi, makan tengahari danmakan malam ~ dapat pahala mengikut Sunnah & merujuk kepada pakarpemakanan, vit C dari buah-buahan yang dimakan selepas sarapan pagi,makan tengahari & makan malam yang akan diperolehi adalah mencecah 0%.Elakkan minum air semasa sedang makan.

4. Minum air 15 -30 minit selepas selesai makan. Untukminum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut selama 10saat sebelum ditelan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebabair liur ada mengandungi ‘enzyme’ yang boleh membunuh kuman dalam‘pankreas’, perut, yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum waktu maghrib ~ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhansaja pada waktu maghrib), sebab, bagi yang sedang belajar, otak akanberfungsi ‘excellently’ (senang menyerap ilmu) dalam masa dua jamselepas makan, jika makan pada 8:30 malam, semasa jam 10:30 malam barumula belajar dan besar kemungkinan hanya boleh bertahan hingga jam 12tengah malam saja, jadi tidak banyak yang boleh dipelajari berbandingkalau makan pukul 6:30 (orang Cina mengambil makan malam mereka sekitarwaktu ini). Juga, kita tidak akan tidur dalam kekenyangan (yang mana iaboleh menghindar dari melakukan solat malam).

6. Tatacara di bilik air, Selepas membuang air kecil,berdehem 3 kali (teran sedikit) boleh mengelak daripada mendapatpenyakit batu karang. Semasa membuang air besar, mengiring sedikit kekiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan menekan‘bladder’ dan menyebabkan senang membuang air besar.

7. Tatacara didik anak, Antara tips untuk mendapat anakyang bijak ‘genius’, ajar dan biasakan anak (atau bayi) tidur mengiringke kanan ~ sebab jantung (yang terletak di sebelah kiri) akan lebihlapang / lega dan mudah berdegup (perjalanan darah akan lancar) dan otakanak akan berkembang ‘excellently’. Bagi anak-anak yang sudah azalinya‘active’ atau ‘hyper-active’, kurangkan atau jangan pakaikan baju warnaorange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktif tindak tandukanak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja dan ‘exuberant’.

8. Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa-apa yang baik(juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut ~Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30hari, ‘continuously’, akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akanmati.

9. Buang segala rasa hasad dengki, dendam serta lain-lainyang berkaitan emosi, ini akan membenarkan otak ‘release excessiveadrenaline’, ‘cortisone’ dan ‘toxine’ yang mana boleh membawa kepadabeberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelumwaktunya), selalu sakit perut dan sebagainya.

Dipetik dari kertas kerja dan hasil penyelidikan pakar motivasi.Sekian,
Wallahu a’lam.====
kak hajar
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 8:38 PM
Sunday, January 30, 2005
Ya Akhi Wa Ukhti....


AN NUR Sebuah karya untuk semua: Bagi yang bujang sesuatu i'tibar Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran Bagi yang berkeluarga perlu mengajar Wahai SUAMI renungkanlah Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH. Amin. Wahai ISTERI pula renungkanlah Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim Tidak setabah Ayyub Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memilik suami yang tak segagah mana.. Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH Amin. Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 5:45 AM
Friday, December 03, 2004
SoLaT---sEBaGaI mAnA YAng DiAjAr OLeH rAsuLullAh s.a.w 1) Nabi s.a.w. pernah mendirikan solat di atas mimbar , baginda berdiri, bertakbir,rukuk dan sujud di atasnya hingga dapat disaksikan oleh para sahabat yg berada di belakangnya sebagai makmum, selepas itu baginda menghadap ke arah jemaah seraya bersabda " Wahai para hadirin sekalian, semua ini aku lakukan agar kalian mengikutiku dan agar kalian mempelajari cara solat ku." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim. Disebut oleh Nasiruddin al-Albani di dlm sifat solat nabi s.a.w.) 2) Takbir " Sesungguhnya solat seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan berwudhu sepertimana mestinya, kemudian mengucapkan Allahu akbar." (hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani dengan sanad yg soheh) 3) Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri. "Sesungguhnya kami para nabi diperintahkan utk menyegerakan berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di dlm solat." (hadith riwayat Ibn Hibban dan ad-Diya' dengan sanad yg soheh) -" Apabila kamu solat janganlah kamu mengalih-alihkan pandangan, kerana Allah s.w.t. menghadapkan wajahnya kepada wajah hambanya sewaktu solat selama mana hambanya tidak mengalihkan pandangannya." (hadith riwayat at-Turmizi dan al-Hakim dan mereka mengakuinya sebagai soheh.) 4) Membaca al-Fatihah " Tidak sah solat bagi mereka yg tidak membaca di dlmnya Ummul kitab (al-Fatiheh)" (hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Awanah dan al-Baihaqi) 5) Rukuk "sesungguhnya tidak akan sempurna solat sesiapapun daripada kamu sehinggalah ia menyempurnakan wudhu sepertimana yg diperintahkan ke atasnya oleh Allah, kemudian ia bertakbir kepada Allah, memuji dan menyanjungnya, membaca apa yg telah dihafalnya daripada ayat-ayat al-Quran yg diajarkan dan yg diperkenankan Allah, lalu bertakbir dan rukuk sehingga sendi-sendinya tetap dan tidak bergerak." (hadith riwayat Abu Daud dan an-Nasai'e. disohehkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi.) "Apabila kamu rukuk, letakkanlah telapak tangan kamu di atas lutut, lalu renggangkan jari-jari tangan dan diamlah sehingga anggota tubuh (sendi) terletak pada kedudukannya." (hadith riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban di dlm kitab soheh mereka) 6) Sujud "Tidak sempurna solat seseorang itu sehingga dia membaca 'Allah mendengar orang yg memujinya' sampai dia berdiri tegak lurus (i'tidal) lalu mengucapkan 'Allahu akbar', kemudian terus sujud hingga sendi-sendinya tetap." (hadith riwayat Abu Daud dan al-Hakim dan disohehkannya dan dipersetujui oleh az-Zahabi.) "Apabila sujud letakkan kedua-dua telapak tanganmu dan angkat sikumu." (hadith riwayat Muslim dan Abu Uwanah.) 'Apabila seseorang hamba sujud, sujud bersamanya 7 anggota, muka, kedua telapak tangan, kedua lutut,dan kedua kaki." (hadith riwayat Abu Uwanah dan Ibn Hibban.) 7) Duduk di antara dua sujud "Tidak sempurna solat seseorang itu sehinggalah dia sujud, sampai tenang sendi-sendinya, lalu mengucapkan Allahhu Akbar, mengangkat kepala lalu duduk dengan tetap."(hadith riwayat Abu Daud, disohehkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi.) "Apabila kamu sujud, mantapkanlah sujudmu. Apabila bangkit, duduklah di atas peha kirimu." (hadith riwayat az-Nasai'e dengan sanad yg soheh.) Sujud kali ke2 "Kemudian bacalah Allahu Akbar, lalu sujud hingga tenang sendi-sendimu, kemudian lakukanlah seperti itu pada seluruh solat mu." (hadith riwayat Abu Daud dan al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi. juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.) "Kemudian angkatlah kepala dan bertakbir."(hadith riwayat Abu Daud dan al-Hakim dan disohehkannya, dipersetujui pula oleh az-Zahabi.) "Selanjutnya lakukanlah seperti itu pada tiap-tiap rukuk dan sujud, kalau kamu lakukan seperti itu, solat mu sempurna, kalau kamu kurangi, kuranglah pula solatmu." (hadith riwayat Ahmad dan at-Tarmizi, dan at-Tarmizi mensohehkannya.) 9) Tasyahhud pertama "Apabila kumu di pertengahan solat (tasyahhud awal) duduklah dengan tenang dan hamparkan peha kirimu lalu bacalah tasyahhud."(hadith riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi dengan sanad yg jayyid.) 10) Tasyahhud akhir dan salam. "Cukuplah sekadar kamu meletakkan tangan di atas peha, kemudian ucapkanlah salam kepada saudaramu di sebelah kanan dan kiri."(hadith riwayat Muslim, Abu Uwanah, as-Siraj, Ibn Khuzaimah dan at-Tabarani.) "Tamatnya solat adalah dengan ucapan salam."(hadith yg disohehkan oleh az-Zahabi dan al-Hakim.) artikel dipetik dr al-ahkam.com, dialog antara golongan ahli sunnah wal jamaah dan anti hadith. saya cume amek sebahagiannya sahaja..

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 6:57 PM
Thursday, October 07, 2004
Hati Dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang denga perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar, yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balsan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati hati anda tersenyum.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,fikirkanlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.Cinta bermula dengan senyuman,mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa yang berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum.Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti.andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula yang akan menangis.Sampaikan pada sebanyak mana orang yang anda tersayang,tanda peringatan anda pada mereka...

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 2:20 PM
Wednesday, August 25, 2004
DUNIAWI

Temanku... Mengapa ya... Tatkala DUNIA sudah sampai ke penghujungnya.. Engkau masih leka dengannya.. Engkau rasa seronok membuka aurat.. Mungkin engkau rasa seronok menjadi perhatian ramai.. Mungkin engkau mahukan kelainan.. Tapi,tidakkah engkau sedar.. tidak ada yang lain selain syurga dan neraka.. Engkau berkeinginan syurga.. Tapi penampilanmu bukan seperti ahli syurga.. Engkau tidak mahu dicampakkan ke neraka jahannam.. Tapi gayamu seolah-olah engkau rela dicampakkan ke sana.. Temanku.. Berubahlah.. Dunia kan masih belum kiamat.. Nafas kan masih belum berhenti.. Herankan bila seorang remaja berkata.. "Aku akan bertaubat tatkala aku sudah tua".. Apa, adakah kepastian yang seorang remaja akan menjadi tua?.. Seorang anak pun kadangkala pergi dahulu sebelum ibubapanya.. Jadi, mengapa harus terus dibuai mimpi?.. Mengapa harus terus membuka aurat?.. Mengapa harus terus mensia-siakan hidup di dunia ini?.. Maka, berubahlah wahai teman-temanku.. Kerana sesungguhnya bekalanmu hanyalah iman dan amal.. Dan ingatlah.. Bahwa sesungguhnya.. MATI ITU SUATU KEPASTIAN.._________________-Fu-@rT-

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 12:35 AM
Tuesday, August 24, 2004
Seorang Penyair Wanita, Milk Abdulaziz di dalam kumpulan sajaknya yang berjudul "Aghaanii Ash-Shibaa" (Nyanyian Anak-Anak), ia bermunajat kepada Tuhannya:"TapiKetika kuhalakan mataku kelangit tinggiKulihat cahaya-Mu terang suciLalu aku berkata Ya Rabbi,Kepada-Mu kuadukan beban hidupkuDan kelemahanku yang penuh dukaSiapakah yang dapat melepaskan ikatanDari Saluran lubang air matakuSelain-Mu-kah Ya Rahman......Engkaukah Ya Rahiim......?Siapakah selain Engkau yang telapaknya penuh rahmatDan cahayanya yang lembut dapat membalut luka?Siapakah selain Engkau,Yang mendengar seruan jika aku mengadu?Tak ada dinding antara kitaTak ada pintu tak ada tanggaLalu Ia datang dari belakangkuDan berkata "Tenanglah Sesungguhnya Aku dekat,Ketika engkau berdoa kepada-Ku....Aku dekat Di telapak-Ku ada keselamatanKeamanan dan Keredaan"Tenangkanlah jiwakuTenteramlah hatikuAku mendengar....aku mendengarKurasakan telapak-Nya yan penuh kasih sayangHilang sakitku dalam dakapan sayang-NyaNafas-Nya semerbak di sekelilingkuMembelai duka menghapus lukaBayang-bayang-Nya BasahSyurga Na'imTerbukalah hati, menitislah air matakuMemancar....memancar dan mengalirMenghapus duka menebar relaKetika kupejamkan mataku untuk menggapai-Mu yang jauhKudapati cahaya-Mu basah bagai embunMelalui organku menyentuh perasaankuDengan kasih sayang menyiram dakuDan aku berkata:"Alangkah manisnya kasih sayangAlangkah indahnya salam pembangkit kerinduan"Syair ini dipetik dari buku berjudul Nilai Cinta Menurut Al-Qur'an ditulis oleh Dr Mahmud bin Asy-Syarif

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 12:20 AM
Tuesday, July 27, 2004
Suka Atau Cinta


Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akanberdebar-debar dengan cepat.
Di depan orang yang kamu "suka", kamu akanselalu bahagia.
Di depan orang yang kamu "cinta", musim dinginserasa musim semi.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musimdingin sama saja dengan musim dingin yang indah.
Jika kamu melihat ke dalam mata orang yangkamu "cinta", maka kamu akan bertemu.
Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orangyang kamu "suka",maka kamu akan tersenyum.
Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidakakan dapat mengungkapkan apa yang ada dibenakmu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamudapat mengungkapkannya.
Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung malu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya.
Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul dibenakmu setiap 2 minit.
Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mataorang yang kamu cintai.
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatapmata orang yang kamu suka.
Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis,kamu akan ikut menangis bersamanya.
Tetapi jika orang yang kamu sukai menangis,kamuakan mengakhirinya dengan kelegaan.
Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata.
Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran telinga.
Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang,yang harus kamu lakukan adalah menutuptelingamu.
Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup matamu,cinta akan berbalik menjadi titisan air mata danakan selalu berbekas di hatimu selamanya...

# oleh - acah | jam - 1:11 AM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • 07/01/2004 - 08/01/2004
  • 08/01/2004 - 09/01/2004
  • 10/01/2004 - 11/01/2004
  • 12/01/2004 - 01/01/2005
  • 01/01/2005 - 02/01/2005
  • 03/01/2005 - 04/01/2005
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon